KAWAL… Pegawai polis membuat rondaan di tempat kejadian selepas tiga orang terbunuh dalam kejadian tembakan di Universiti Ateneo de Manila di Quezon City, pinggir Bandar Manila, Filipina.• Foto AFP
MANILA: Tiga orang terbunuh pada Ahad dalam satu kejadian tembakan yang jarang berlaku di sebuah universiti di ibu negara Filipina, Manila, kata pegawai, dalam kes yang diklafikasikan sebagai pembunuhan yang disasarkan.
Insiden itu berlaku di Universiti Ateneo de Manila ketika pelajar undang-undang dan keluarga mereka tiba untuk majlis graduasi yang akan dihadiri oleh Ketua Hakim Mahkamah Agung.
“Rose Furigay, bekas datuk bandar di wilayah selatan Basilan yang bergolak terbunuh dan anak perempuannya adalah antara graduan,” kata pihak berkuasa.
Pembantu eksekutif Furigay dan seorang pengawal keselamatan universiti turut terbunuh.
Menurut polis, anak perempuan Furigay cedera dan berada dalam keadaan stabil di hospital.
“Kami agak kecewa dan berduka dengan kejadian ini,” kata Joy Belmonte, Datuk Bandar Unit Kerajaan Tempatan di mana kejadian tembakan itu berlaku.
Lelaki bersenjata yang didakwa melarikan diri dari tempat kejadian dengan memaksa seorang pemandu keluar dari kenderaan mereka, sebelum meninggalkannya dan melarikan diri dengan sebuah jeepney, kata polis.
Dia akhirnya ditahan berhampiran sebuah gereja.
Polis menemui dua pistol dan penyenyap yang didakwa digunakan oleh suspek, yang mereka kenal pasti sebagai Chao-Tiao Yumol dan dikatakan mempunyai “sejarah panjang” pertikaian undang-undang dengan Furigay. Terdahulu, Yumol telah diikat jamin atas pertuduhan fitnah siber.
“Ini kelihatan seperti pembunuh bersungguh-sungguh,” kata Brigedier Jeneral Polis, Remus Medina kepada pemberita, menyifatkan kejadian itu sebagai “terpencil”.
Yumol, dengan kesan melecet di mukanya dikemukakan oleh polis kepada pemberita selain menuduh Furigay sebagai “tuan dadah”.
Kes tembakan di sekolah dan universiti jarang berlaku di Filipina walaupun peraturan senjata apinya longgar. Tetapi, pembunuhan yang disasarkan terhadap ahli politik adalah perkara biasa, terutamanya semasa pilihan raya.
Furigay, yang keluarganya mendominasi politik di Lamitan City, berkhidmat tiga penggal sebagai datuk bandar dan dihalang oleh perlembagaan daripada memohon pemilihan semula pada pilihan raya 9 Mei lalu.
Beliau digantikan oleh suaminya, yang pernah memegang jawatan itu sebelum dia kejadian biasa di Filipina yang mana puak yang berkuasa menyerahkan jawatan dari satu ahli keluarga kepada ahli keluarga yang lain untuk mengekalkan pengaruh mereka.
Justeru, Universiti Ateneo de Manila turut membatalkan majlis graduasi tersebut.
Dalam satu kenyataan, universiti itu mengecam kejadian tembakan itu dan berkata, ia telah ‘merompak’ ahli-ahli kelas Sekolah Undang-undang 2022 daripada apa yang sepatutnya menjadi perayaan yang menggembirakan.
Menurut jurucakap mahkamah, Ketua Hakim Mahkamah Agung, Alexander Gesmundo adalah penceramah jemputan untuk acara itu, tetapi dia masih dalam perjalanan ke universiti ketika kejadian tembakan berlaku,
Insiden itu berlaku pada malam sebelum pidato kenegaraan pertama Presiden Ferdinand Marcos Jr, yang mana beliau dijangka membentangkan rancangannya untuk memulihkan ekonomi dan menangani inflasi.
Marcos Jr melahirkan rasa terkejut dengan kejadian itu dan berkata, agensi penguatkuasaan undang-undang akan menyiasat dengan teliti dan pantas pembunuhan ini dan membawa semua yang terlibat ke muka pengadilan. -AFP