Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiga nilai utama Rasulullah SAW jadi panduan kehidupan umat Islam
  • TEMPATAN

Tiga nilai utama Rasulullah SAW jadi panduan kehidupan umat Islam

Utusan Sarawak 8 hours ago
RAKAM KENANGAN… Senator Dato’ Ahmad Ibrahim rakam kenangan bersama yang lain pada sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M di Masjid Darul Ibadah, Batu Kawa, hari ini.

KUCHING: Umat Islam digesa meneladani tiga nilai utama Rasulullah SAW, kejujuran dan amanah, kasih sayang serta persaudaraan, dan kepimpinan yang berhikmah sebagai panduan dalam membina masyarakat berilmu dan berakhlak mulia.

Senator Dato’ Ahmad Ibrahim berkata, kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah anugerah terbesar buat umat manusia, menjadi rahmat untuk sekalian alam, penyatu ummah dan teladan sepanjang zaman.

“Nilai-nilai ini amat relevan dalam masyarakat majmuk kita di Sarawak. 

“Dengan semangat inilah, kita mesti menolak perpecahan, memperkukuh perpaduan, dan membina generasi muda yang berilmu serta berakhlak mulia,” katanya.

KEHADIRAN DISAMBUT… Kehadiran Senator Dato’ Ahmad Ibrahim disambut meriah oleh penduduk setempat pada sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M di Masjid Darul Ibadah, Batu Kawa, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M di Masjid Darul Ibadah, Batu Kawa, hari ini.

Beliau turut mengingatkan bahawa kekuatan umat Islam bukan pada jumlah, tetapi pada kesatuan hati. Justeru, katanya, ukhuwah Islamiah perlu diperkukuh seiring dengan keharmonian antara kaum bagi mengekalkan keamanan, yang merupakan nikmat terbesar selepas nikmat iman.

Sebagai tanda sokongan, Ahmad menyumbangkan RM6,000 bagi menjayakan sambutan tahun ini dan berikrar menyalurkan RM10,000 lagi untuk penganjuran pada 2026 agar program tersebut terus memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

SALAH satu persembahan pada acara sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M di Masjid Darul Ibadah, Batu Kawa, hari ini.

“Saya percaya dengan sokongan bersama pimpinan masyarakat, jabatan kerajaan, NGO serta rakyat, kita dapat mengangkat syiar Islam dan mengukuhkan ukhuwah di bumi Sarawak yang kita cintai ini,” tegasnya.

Turut hadir, Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri, Morshidi Said; Pegawai Daerah Kuching, Zaidi Sharkawi; Mantan Temenggong, Dato Helmi Mohd Gol; Temenggong Abdullah Jamel; Pemanca Rosli Sahari; Penghulu Sariee Mansor; serta ketua-ketua masyarakat bersama penduduk setempat. 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pembukaan Mixue lonjak kerjasama Malaysia-China
Next: Acquitted after tragedy: Father cleared in case over son’s fatal accident

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.