Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tiga Menteri angkat sumpah penggal kedua sebagai Senator Dewan Negara
  • NASIONAL

Tiga Menteri angkat sumpah penggal kedua sebagai Senator Dewan Negara

Utusan Sarawak 3 hours ago
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua hari ini.

KUALA LUMPUR: Tiga menteri Kabinet hari ini mengangkat sumpah bagi penggal kedua sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

Mereka ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Pelantikan semula itu membolehkan mereka meneruskan tugas dalam Jemaah Menteri.

Awang Bemee berkata pelantikan semula ketiga-tiga menteri itu mencerminkan kepercayaan berterusan terhadap kepakaran dan komitmen mereka dalam menyumbang kepada dasar serta pembangunan negara.

“Pelantikan ini dibuat oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 45(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, dan berkuat kuasa mulai hari ini hingga 2 Disember 2028, selaras Perkara 45(3) dan 45(3A).

“Selamat berkhidmat dan bertugas,” katanya.

Untuk rekod, ketiga-tiga mereka mengangkat sumpah bagi penggal pertama pada Disember 2022.- Bernama

Continue Reading

Previous: Agong kurnia surat cara pelantikan kepada lima hakim
Next: Pencarian MH370 akan disambung semula pada 30 Disember ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.