Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tiga mayat mangsa bot karam di Feri Kaba ditemui
  • KEMALANGAN

Tiga mayat mangsa bot karam di Feri Kaba ditemui

Utusan Sarawak 5 days ago
TIGA lagi mayat mangsa hilang berjaya ditemui pasukan penyelamat hari ini. Foto PGO Bomba Sarawak

SARATOK: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) insiden bot karam di Feri Kaba, Sungai Krian yang meragut empat nyawa berakhir hari ini apabila tiga lagi mayat mangsa hilang berjaya ditemui pasukan penyelamat.

Kejadian berlaku pada petang Jumaat lalu, seramai 10 pekerja ZCCC Construction Sdn Bhd menaiki sampan untuk pulang dari Jeti Sesang ke Jeti Pusa sebelum bot berkenaan karam di tengah sungai. 

TIGA lagi mayat mangsa hilang berjaya ditemui pasukan penyelamat hari ini. Foto PGO Bomba Sarawak

Enam mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala empat yang lain dilaporkan hilang.

Pada hari pertama operasi semalam, seorang mangsa, Mohd Asfar Sulaiman, 25, warga tempatan ditemui di bawah jambatan yang sedang dibina kira-kira 300 kaki dari lokasi kejadian.

TIGA lagi mayat mangsa hilang berjaya ditemui pasukan penyelamat hari ini. Foto PGO Bomba Sarawak

Hari ini, pasukan SAR yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Saratok, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Saratok, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Saratok serta orang kampung berjaya menemui tiga lagi mayat hilang.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak, operasi bermula 9.00 pagi dengan pencarian di permukaan sungai menggunakan bot penyelamat serta bantuan anjing pengesan K9.

TIGA lagi mayat mangsa hilang berjaya ditemui pasukan penyelamat hari ini. Foto PGO Bomba Sarawak

Pada 10.10 pagi, mayat pertama ditemui oleh penduduk kampung, disusuli penemuan mayat kedua pada 10.15 pagi oleh pasukan SAR, dan mayat ketiga pada 10.45 pagi.

Ketiga-tiga mangsa dikenal pasti sebagai Gunawan Pawadi, 35 (Indonesia), Budianto Yapani, 50 (Indonesia) dan Karyono, 41 (Indonesia).

TIGA lagi mayat mangsa hilang berjaya ditemui pasukan penyelamat hari ini. Foto PGO Bomba Sarawak

“Kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi SAR ditutup sepenuhnya pada 11.10 pagi selepas kesemua mangsa berjaya ditemui,” katanya.

Insiden ini mendapat perhatian pelbagai pihak dan mengundang rasa simpati masyarakat tempatan.

Pihak berkuasa turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan semasa menggunakan pengangkutan air, terutama ketika keadaan sungai bergelora.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Arwah pendiam, penyayang dan disenangi ramai – Balu kru penggambaran
Next: Lapan cedera, bot terbalik ketika aktiviti parasailing di Langkawi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.