Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tiga mayat ditemukan di lokasi nahas helikopter di kawah gunung berapi di barat daya Jepun
  • GLOBAL

Tiga mayat ditemukan di lokasi nahas helikopter di kawah gunung berapi di barat daya Jepun

Utusan Sarawak 2 hours ago
GAMBAR diambil pada 20 Januari 2026 lepas menunjukkan serpihan yang dipercayai milik helikopter pelancongan yang dilaporkan hilang di kawasan kawah Gunung Nakadake, salah satu puncak Gunung Aso di Wilayah Kumamoto. Foto Kyodo

TOKYO: Mayat dipercayai milik tiga individu yang menaiki sebuah helikopter persiaran yang terhempas ke dalam kawah gunung berapi di Gunung Aso, Wilayah Kumamoto, barat daya Jepun, pada Januari lalu telah ditemukan, menurut jabatan bomba tempatan pada Rabu, lapor Kyodo News.

Pihak berkuasa akan berusaha membawa keluar mayat berkenaan, katanya.

Helikopter itu berlepas dari Cuddly Dominion, sebuah zoo dan taman tema di bandar Aso yang menawarkan penerbangan helikopter, pada pagi 20 Januari dengan membawa dua penumpang – seorang lelaki dan seorang wanita dari Taiwan – serta seorang juruterbang warga Jepun berusia 64 tahun.

Hubungan kemudian terputus sebelum bangkai helikopter ditemukan di lereng dalam kawah Gunung Nakadake, satu daripada lima puncak Gunung Aso.- Bernama-Kyodo

Continue Reading

Previous: Angka korban nahas kapal karam di Filipina meningkat 62 orang
Next: 12 maut dalam letupan kedai bunga api di Hubei, China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.