Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tiga maut, puluhan cedera dalam insiden bangunan runtuh di Indonesia
  • GLOBAL

Tiga maut, puluhan cedera dalam insiden bangunan runtuh di Indonesia

Utusan Sarawak 2 days ago
PASUKAN penyelamat merobohkan sisa bangunan dewan pengajian Islam komuniti yang tidak stabil menggunakan tali selepas ia runtuh ketika sekumpulan wanita Muslim sedang mengikuti pengajian sempena sambutan Maulidur Rasul, di Bogor, Jawa Barat, hari ini. Menurut Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD), tiga wanita terbunuh manakala 65 lagi cedera dalam kejadian tersebut, yang mendapat respons segera daripada pasukan penyelamat terdiri daripada agensi itu sendiri, polis, tentera dan sukarelawan. Foto AFP

JAKARTA: Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan puluhan lagi cedera apabila sebuah bangunan yang menjadi lokasi majlis bacaan doa runtuh di Pulau Jawa, Indonesia hari ini, menurut pegawai pengurusan bencana.

Kira-kira 100 orang, kebanyakannya wanita, berkumpul di sebuah dewan komuniti di Daerah Bogor, Jawa Barat, untuk menghadiri majlis bacaan al-Quran sempena sambutan Maulidur Rasul apabila bangunan tersebut tiba-tiba runtuh, kata Mochamad Adam Hamdani dari Agensi Pengurusan Bencana Daerah.

“Berdasarkan data awal, 84 orang sedang dirawat, dan tiga orang telah meninggal dunia,” kata Adam kepada AFP, hari ini.

Beliau berkata kemungkinan struktur bangunan tidak kukuh dan runtuh akibat beban berlebihan.

“Mungkin struktur bangunan itu tidak kuat, kerana ramai yang hadir dengan penuh semangat untuk memperingati hari kelahiran Nabi,” katanya.

Menurutnya lagi, semua mangsa di dalam bangunan telah berjaya dikeluarkan dan dikenal pasti.

Mangsa yang cedera segera dibawa ke hospital berhampiran, dengan kebanyakan hanya mengalami kecederaan ringan.

Adam berkata berdasarkan keterangan saksi, tiada hujan turun ketika kejadian, dan tiada tanda berlaku tanah runtuh.

Standard pembinaan yang longgar di Indonesia telah lama menimbulkan kebimbangan berhubung keselamatan struktur bangunan. -AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Indonesia catat 4,071 gempa bumi pada Ogos – BMKG
Next: Setelah ketiadaan Jokowi, projek Nusantara agak perlahan, bajet dipotong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.