Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tiga maut, nahas libatkan 50 kenderaan
  • GLOBAL

Tiga maut, nahas libatkan 50 kenderaan

Utusan Sarawak 3 years ago

KEADAAN sekitar kejadian kemalangan di sempadan negeri di timur Pennsylvania.• Foto AFP

POTTSVILLE: Sekurang-kurangnya tiga maut dan lebih 10 cedera dalam kemalangan melibatkan lebih 50 kenderaan sehingga menutup sebahagian sempadan negeri di timur Pennsylvania.

Bagaimanapun, menurut koroner daerah, Dr David J.Moylan, kerja-kerja menyelamat masih belum selesai kerana ada kenderaan yang terbakar dan jumlah kematian sebenar mungkin meningkat.

Nahas yang berlaku sekitar jam 10.30 pagi itu dipercayai berpunca daripada ribut salji yang mengaburkan penglihatan.

Kira-kira 50 kenderaan termasuk beberapa lori dan treler terlibat dalam nahas.

Kakitangan kecemasan dari empat daerah berbeza bergegas ke lokasi kejadian dan sehingga kini telah membawa kira-kira 20 pesakit ke hospital terdekat untuk rawatan.

Rakaman yang tular di media sosial pada Isnin menunjukkan nahas berlaku apabila sebuah treler berada di luar kawalan merempuh sebuah lori sampah. –AFP

Continue Reading

Previous: Harga minyak jatuh lepas perintah berkurung
Next: Malaysia, Qatar setuju iktiraf sijil vaksinasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.