
BALAI RINGIN: Tiga maut dan empat lagi cedera ringan dalam kemalangan kendiri melibatkan kenderaan pacuan empat roda di Engsebang Kuari, Lebuh Raya Pan Borneo Serian-Sri Aman, hari ini.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.54 pagi sebelum mengerahkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi pada 12.34 tengah hari, didapati semua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam.
“Tiga mangsa disahkan meninggal dunia iaitu seorang wanita, Paula Janting, 43; seorang lelaki warga emas, Janting Pangau, 75; dan seorang wanita warga emas, Senin Beriak, 65, yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
“Empat mangsa lain cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Tambah PGO, pasukan bomba melakukan rawatan awal sebelum mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulans EMRS.
Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan I, Nasihin Jaum itu tamat sepenuhnya pada 1.00 petang.
Oleh Adi Safarman