Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tiga maut akibat gelombang besar di kolam semula jadi Tenerife
  • GLOBAL

Tiga maut akibat gelombang besar di kolam semula jadi Tenerife

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR menunjukkan gelombang besar di Los Gigantes di kawasan Santiago del Teide.

MADRID: Tiga maut dan tiga lagi cedera selepas gelombang besar melanda sebuah kolam semula jadi di pantai barat pulau Tenerife, Sepanyol, lapor agensi berita Jerman dpa semalam, memetik pihak berkuasa.

Beberapa individu dihanyutkan ke laut dalam kejadian itu, dan seorang lagi yang dilaporkan hilang masih dicari, menurut perkhidmatan kecemasan Kepulauan Canary.

Pihak berkuasa berkata mangsa yang disahkan maut terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita.

Seorang daripada mangsa lelaki berusia 35 tahun, wanita berusia 55 tahun, manakala usia mangsa ketiga belum didedahkan. Tiada butiran pengenalan lanjut dikeluarkan.

Seorang wanita mengalami serangan jantung ketika kejadian di tebing Los Gigantes di kawasan Santiago del Teide tetapi berjaya diselamatkan oleh paramedik sebelum diterbangkan ke hospital.

Menurut laporan media, beberapa individu yang dihanyutkan ombak berjaya berenang kembali ke pantai sendiri.

Penyiar negara RTVE melaporkan pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan amaran mengenai ombak besar.

Kejadian terbaharu ini berlaku kira-kira sebulan selepas siri gelombang besar pada 8 November lalu menghanyutkan beberapa individu ke laut, termasuk ramai pelancong – kebanyakannya dari Perancis.

Tiga maut dan 15 cedera dalam insiden tersebut di sepanjang pantai Tenerife. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pelumba McLaren Lando Norris rangkul kejuaraan dunia Formula Satu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.