Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tiga maut, 19 hilang akibat hujan lebat di Chongqing, barat daya China 
  • GLOBAL

Tiga maut, 19 hilang akibat hujan lebat di Chongqing, barat daya China 

Utusan Sarawak 6 hours ago
TIGA maut, 19 hilang akibat hujan lebat di Chongqing, barat daya China . Foto agensi.

CHONGQING: Tiga orang maut manakala 17 lagi masih hilang selepas hujan lebat melanda Daerah Yongchuan di Perbandaran Chongqing, barat daya China bermula Sabtu malam, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Selain itu, dua lagi individu turut dilaporkan hilang selepas hujan lebat melanda Daerah Beibei di perbandaran itu. Usaha menyelamat dan tindak balas kecemasan sedang giat dijalankan.

Bermula 2.00 petang hari ini, Chongqing menaik taraf Daerah Yongchuan kepada tindak balas kecemasan kawalan banjir Tahap I di peringkat perbandaran, manakala 29 daerah dan county termasuk Daerah Rongchang dan Daerah Beibei diletakkan di bawah Tahap II, serta sembilan daerah dan county termasuk Daerah Yuzhong di bawah Tahap III, menurut ibu pejabat kawalan banjir dan bantuan kemarau Chongqing.

Subdaerah Chashanzhuhai di Daerah Yongchuan merekodkan jumlah hujan tertinggi sebanyak 296.6 milimeter antara 2.00 pagi hingga 4.00 pagi hari ini, dengan intensiti hujan maksimum sejam sebanyak 103.6 milimeter, menurut ibu pejabat operasi kawalan banjir dan menyelamat di lokasi kejadian.

Jumlah hujan maksimum di Pekan Xinglong, Daerah Beibei mencecah 122.9 milimeter antara 12.00 tengah malam hingga 3.00 pagi hari ini, dengan intensiti hujan maksimum sejam sebanyak 59.4 milimeter, menurut biro pengurusan kecemasan daerah itu.

Hujan lebat melanda 22 daerah dan county di Chongqing, dengan paras air di 22 sungai di perbandaran itu melepasi paras amaran, menurut stesen pemantauan hidrologi Chongqing.

Suruhanjaya Kebangsaan China bagi Pengurangan Bencana pada Ahad mengaktifkan tindak balas kecemasan Tahap IV bagi banjir dan bencana geologi di Chongqing.

Satu pasukan turut dihantar ke kawasan terjejas bagi menilai situasi semasa di lapangan serta membantu usaha bantuan bencana tempatan, termasuk memastikan keperluan asas penduduk terjejas dipenuhi, menurut Kementerian Pengurusan Kecemasan. – Bernama 

Continue Reading

Previous: 26 diselamatkan selepas bangunan runtuh di utara Filipina
Next: Jepun tingkat pemantauan siber bagi bendung tinggal lebih masa, pekerjaan haram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.