SELEPAS mengharungi enam perlawanan Liga Super 2022, Sarawak United FC (SUFC) akhirnya melakar kemenangan pertama selepas mengalahkan PJ City FC di Stadium MBPJ, Petaling Jaya malam semalam.
Kemenangan itu amat manis selepas anak buah B.Sathianathan hanya meraih satu mata hasil keputusan seri dengan Penang FC.
SUFC memulakan perlawanan menentang PJ City FC dengan perlahan namun Boris Kok berjaya menjaringkan gol pertama menerusi Boris Kok pada minit ke-21.
Bermula babak kedua, anak buah Sathiathan terus mengancam kubu PJ City FC dan gol kedua mampu diraih menerusi Francis Kone pada minit ke-46.
PJ City FC merapatkan jaringan pada minit ke-74 menerusi R.Kogileswaran.
Harapan PJ City FC untuk menyamakan kedudukan lebur selepas Kone menjaringkan gol ketiga SUFC pada minit ke-85.
Kemenangan itu meletakkan SUFC naik ke tangga ke-11 liga.
Sementara itu, Sathianathan berkata, faktor kejayaan terbabit banyak dibantu oleh usaha keras pemain yang bijak manfaatkan peluang untuk memastikan kemenangan -1 ke atas PJ City.
Malah, kemenangan itu juga didorong keadaan permukaan padang di MBPJ berada pada tahap terbaik sekali gus membantu memudahkan lagi anak buahnya menghasilkan gol.
“Tak sangka kita dapat tiga mata, tapi syabas kepada pemain yang bermain mati-matian walaupun ada yang baru lepas Covid-19 dan sebagainya.
“Gol yang kita nanti dalam empat perlawanan, hari ini kita dapat tiga gol dan ini sedikit sebanyak melegakan pasukan. Saya harap kita kekalkan momentum ini,” katanya selepas perlawanan.
Keputusan lain menyaksikan Sri Pahang FC turut melakar kemenangan 3-1 ke atas Penang FC.