Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tiga mangsa terselamat kemalangan kendiri pacuan empat roda
  • KEMALANGAN

Tiga mangsa terselamat kemalangan kendiri pacuan empat roda

Utusan Sarawak 1 day ago
KEMALANGAN….Kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Bukit Begunan Sri Aman-Serian, hari ini. Foto PGO Bomba Sarawak

SIMANGGANG: Tiga mangsa terselamat selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Bukit Begunan Sri Aman-Serian, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO)Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman telah menerima panggilan daripada penduduk berhubung kemalangan itu sekitar 6.20 petang.

Dalam pada itu, anggota BBP Sri Aman diperkuatkan seramai sembilan anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan 1, Noor Faqriakmal telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan itu.

KEMALANGAN….Kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Bukit Begunan Sri Aman-Serian, hari ini. Foto PGO Bomba Sarawak

“Setibanya di lokasi didapati benar berlakunya kemalangan kendiri melibatkan sebuah Toyota Hilux terbalik di dalam longkang tepi jalan. 

“Terdapat tiga orang mangsa sekeluarga telah keluar dibantu oleh orang awam sebelum tibanya pasukan bomba di lokasi,” katanya.

PGO berkata Pasukan Keluaran Operasi (PKO) membuat penilaian awal dengan pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa.

“Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba menghantar mangsa wanita dewasa dan seorang kanak-kanak ke Hospital Sri Aman II untuk rawatan selanjutnya.

“Tiada operasi penyelamatan kemalangan jalan raya (RTA) dijalankan memandangkan semua mangsa telah dikeluarkan dengan selamat,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua cedera ringan dalam kemalangan di Serian
Next: Tragedi feri Bali, nelayan temukan mayat seorang lagi mangsa hilang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.