Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tiga mangsa bot karam Sungai Krian masih hilang, operasi SAR disambung esok
  • KEMALANGAN

Tiga mangsa bot karam Sungai Krian masih hilang, operasi SAR disambung esok

Utusan Sarawak 5 days ago
TIGA lagi mangsa bot karam di Sungai Krian dekat Feri Kaba belum ditemui sehingga kini. Foto: PGO Bomba Sarawak

SARATOK: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa bot karam di Sungai Krian dekat Feri Kaba ditangguhkan pada petang tadi dan akan disambung semula esok. 

Kejadian yang berlaku pada petang semalam menyaksikan 10 pekerja sebuah syarikat pembinaan terlibat, dengan seorang mangsa disahkan meninggal dunia, ditemui pagi tadi.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, operasi SAR hari ini berjaya menemui seorang mangsa, Mohd Asfar Sulaiman, 25, pada 9.37 pagi.

Mangsa ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di bawah jambatan yang sedang dibina, sekitar 300 kaki dari Pangkalan Feri Kaba. Mayatnya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

FOTO: PGO Bomba Sarawak

“Usaha pencarian difokuskan di permukaan air dengan menggunakan bot penyelamat, meliputi radius tiga kilometer dari Jeti Pusa ke arah hulu dan hilir Sungai Krian,” jelas dalam satu kenyataan.

​Sementara itu, tiga lagi mangsa yang masih hilang dan belum ditemui ialah warga Indonesia, Gunawan Pawadi (35 tahun), Budianto Yapani (50 tahun) dan Karyono (41 tahun).

​Kejadian berlaku petang semalam sekitar 5.30 petang, apabila bot yang dinaiki 10 pekerja ZCCC Construction (M) Sdn Bhd karam di tengah sungai semasa dalam perjalanan pulang dari Jeti Sessang ke Jeti Pusa.

Enam mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada tongkang berhampiran dan diselamatkan oleh bot lain.

​Operasi SAR akan disambung semula pada pagi esok dengan harapan kesemua mangsa yang hilang dapat ditemui.

Pasukan penyelamat terdiri daripada anggota Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBP) Saratok dibantu oleh pelbagai agensi lain.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Remaja maut motosikal langgar belakang lori di Jalan Airport, Miri
Next: Arwah pendiam, penyayang dan disenangi ramai – Balu kru penggambaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.