Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga lelaki tempatan ditahan miliki syabu di tiga lokasi berbeza
  • JENAYAH

Tiga lelaki tempatan ditahan miliki syabu di tiga lokasi berbeza

Utusan Sarawak 14 hours ago
SUSPEK DITAHAN… Dua tempatan bersama syabu ditahan polis.

LAWAS: Sepasukan polis telah menahan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun di tepi Jalan Sundar pada 4.10 petang tadi kerana berada dalam keadaan mencurigakan dan disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, dalam kenyataan yang sama hari ini memaklumkan bahawa

hasil pemeriksaan ke atas badan dan kenderaan suspek telah menemukan satu keratan tiub berisi hablur kristal jernih yang disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.3 gram.

Katanya, suspek kemudiannya ditahan dan bahan disyaki dadah syabu tersebut telah dirampas bagi tujuan siasatan lanjut.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

“Semakan rekod kesalahan lampau pula mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan terdahulu. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Jelasnya satu lagi serbuan berasingan pada 5.15 petang semalam di sebuah rumah di Jalan Beriwan, sepasukan polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun, berada dalam keadaan mencurigakan dan disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Pemeriksaan yang dijalankan ke atas tubuh badan suspek membawa kepada penemuan satu keratan tiub straw berisi hablur kristal jernih yang disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.14 gram. Suspek kemudiannya ditahan, manakala bahan disyaki dadah tersebut telah dirampas bagi tujuan siasatan lanjut.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amp & Meth. Semakan kesalahan lampau mendapati 1 kesalahan lampau berkaitan dadah. Kes disiasat mengikut seksyen 12(2) ADB 1952 dan seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya.

Sementara itu, satu lagi serbuan berasingan pada 7.15 petang semalam di sebuah rumah di Jalan Punang, Lawas, sepasukan polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 47 tahun.

Jelas beliau, hasil pemeriksaan polis menemukan satu paket plastik serta lima keratan straw berisi hablur kristal jernih yang disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat keseluruhan 1.50 gram.

Suspek kemudiannya ditahan dan bahan disyaki dadah syabu tersebut telah dirampas untuk siasatan lanjut.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine. Semakan rekod kesalahan lampau pula mendapati suspek mempunyai dua kesalahan terdahulu.

Kes disiasat mengikut seksyen 12(2) ADB 1952 dan seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Oleh Adeng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Op Tapis: Dua lelaki ditahan, positif dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.