Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga lelaki tempatan ditahan kerana terlibat dadah di Lawas
  • JENAYAH

Tiga lelaki tempatan ditahan kerana terlibat dadah di Lawas

Utusan Sarawak 2 hours ago
DITAHAN… Tiga lelaki ditahan bersama hablur kristal dadah yang ditemui dalam kenderaan yang mereka naiki di tepi Jalan Trusan, malam tadi. Foto IPD Lawas

LAWAS: Polis Daerah Lawas menahan tiga lelaki di tepi Jalan Trusan, malam tadi, kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, berkata ketiga-tiga suspek ditahan oleh sepasukan anggota polis yang menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan di lokasi berkenaan.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut dan tiga lelaki tempatan berusia 26, 29 dan 33 tahun yang bekerja sebagai buruh, pihak polis menemui satu keratan straw berisi hablur jernih yang disyaki dadah jenis syabu daripada salah seorang suspek.

“Pemeriksaan lanjut terhadap dua lagi suspek serta kenderaan itu bagaimanapun tidak menemui sebarang barang salah atau dadah lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

DITAHAN… Hablur kristal dadah yang ditemui dalam kenderaan suspek di tepi Jalan Trusan, malam tadi. Foto IPD Lawas

Menurut beliau, barang yang disyaki dadah jenis syabu itu dirampas dengan berat kasar 0.37 gram.

Hasil ujian air kencing mendapati ketiga-tiga orang yang disyaki positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Semakan rekod lampau mendapati kesemua suspek tidak mempunyai sebarang kesalahan jenayah terdahulu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Pelajar lelaki ditahan miliki dadah di Serian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.