HENRY B SIYU
MUKAH: Tiga penduduk tempatan ditangkap menyabung ayam di Sungai Arif Balingian, dekat sini, pada hari Ahad (12 April).
Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau, lelaki berusia diantara 47 dan 49 tahun itu ditahan oleh pasukan polis yang diketuai oleh Inspektor Ebeni Mohamad
“Berikutan penangkapan itu, pihak polis merampas sekor ayam sabung, dua ekor ayam sabung yang telah mati, sebuah meja plastik, lima buah kerusi plastik, sekeping kanvas, sebilah taji (pisau) ayam dan wang tunai campuran RM 185,” katanya.
Tambah Jimmy, semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muah (IPD Mukah) untuk siasatan lanjut.
Jimmy menyatakan siasatan itu adalah di bawah Seksyen 3(1) Ordinan penganiayaan Terhadap Binatang 1962 dan di bawah Seksyen 11(1)PPPP 2020, kerana melanggar PKP.
“Adalah diingatkan penduduk supaya mematuhi arahan untuk tingal di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan jangan terlibat dengan aktiviti seperti sabung ayam. Pihak PDRM akan bertindak tegas keatas sesiapa yang melanggar peraturan terutamanya ke atas penduduk di Daerah Mukah, Balingian dan Selangau. Ini ialah tangkapan ke dua ke atas aktiviti sabung ayam oleh PDRM Mukah semenjak perintah PKP ini,” kata Jimmy lagi.