Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga lelaki ditahan susulan kecurian hamper di MyDaily Mart
  • JENAYAH

Tiga lelaki ditahan susulan kecurian hamper di MyDaily Mart

Utusan Sarawak 6 hours ago
TIGA lelaki tempatan berusia antara 25 hingga 41 tahun berjaya ditangkap polis berhubung kes kecurian hamper di sebuah pasar raya MyDaily Mart, Times Square, semalam.

MIRI: Polis berjaya menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 25 hingga 41 tahun berhubung kes kecurian hamper di sebuah pasar raya MyDaily Mart, Times Square, semalam.

Kes berlaku pada 27 Januari lalu dan disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Ia melibatkan kecurian sebuah hamper yang dianggarkan bernilai RM1,050, dan barang curi tersebut kemudiannya berjaya ditemui di rumah suspek.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Polis (ACP) Mohamad Farhan Lee Abdullah menasihatkan orang awam supaya sentiasa meningkatkan tahap keselamatan harta benda, khususnya di luar kawasan kedai.

“Pastikan premis atau kedai dipasang kamera litar tertutup serta segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak polis bagi mencegah kejadian jenayah,” tegasnya.

Oleh Adum Liu

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 37 ditahan dalam Operasi Tapis Khas tiga hari di Kuching
Next: BSJD Saratok serbu empat premis, dua individu dicekup aktiviti judi haram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.