Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga lelaki ditahan positif dadah di Lawas
  • JENAYAH

Tiga lelaki ditahan positif dadah di Lawas

Utusan Sarawak 17 hours ago
TIGA SEKAWAN….tiga individu ditangkap dalam satu rumah di Jalan Trusan dan disahkan positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

LAWAS: Polis Daerah Lawas menahan tiga lelaki tempatan berusia 24, 30 dan 35 tahun dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Trusan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, berkata serbuan dan pemeriksaan dijalankan oleh sepasukan polis di kediaman berkenaan hasil risikan yang dijalankan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di dalam rumah tersebut tidak menemukan sebarang dadah. Namun, ujian saringan air kencing ke atas ketiga-tiga suspek mendapati mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Semakan rekod mendapati dua daripada suspek mempunyai kesalahan lampau berkaitan dadah,” katanya dalam satu kenyataan.

Kesemua suspek kini disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: 72 kenderaan diperiksa dalam Ops Lebih Muatan JPJ Sibu
Next: Rasuah perolehan projek tentera: SPRM sita wang tunai, emas RM6.9 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.