Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga lelaki ditahan positif dadah dalam Ops Tapis Khas di Bintangor
  • JENAYAH

Tiga lelaki ditahan positif dadah dalam Ops Tapis Khas di Bintangor

Utusan Sarawak 7 hours ago
 TIGA lelaki ditahan oleh pihak polis dalam Ops Tapis Khas pada semalam. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Tiga lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kegiatan dadah ditahan oleh pasukan Tindakan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong dalam operasi khas di daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, Deputi Superitendan Tansli Mering, berkata penahanan kesemua suspek dilakukan dalam Ops Tapis Khas yang dijalankan bermula sekitar 11.05 pagi di sekitar kawasan Bintangor.

Katanya, ketiga-tiga suspek yang masing-masing berumur 35 tahun, 34 tahun dan 35 tahun ditahan dan dibawa ke IPD Meradong untuk tindakan lanjut.

“Hasil saringan ujian air kencing terhadap ketiga-tiga suspek yang dijalankan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Meradong mendapati mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Hasil semakan rekod lampau turut mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah berkaitan kesalahan dadah, manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau dadah sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun, jika disabitkan kesalahan.

“Pihak polis IPD Meradong memandang serius kesalahan dadah di kalangan masyarakat dan tidak berkompromi dengan masalah tersebut.

“Orang ramai juga digalakkan untuk menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan dadah kepada pihak polis di Daerah Meradong.

“Maklumat boleh disalurkan kepada Balai Polis Bintangor di talian 084-693222 untuk tindakan lanjut,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Ibu tunggal terjerumus dadah akibat tekanan hidup ditahan AADK di Kota Samarahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.