Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga lelaki ditahan positif dadah dalam Op Tapis Khas IPD Saratok 
  • JENAYAH

Tiga lelaki ditahan positif dadah dalam Op Tapis Khas IPD Saratok 

Utusan Sarawak 11 hours ago
KETUA Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie.

SARATOK: Tiga lelaki tempatan ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan oleh Pasukan Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok sejak Isnin, hasil maklumat awam dan rondaan berterusan di sekitar kawasan Saratok dan Roban.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, kesemua suspek berusia antara 25 hingga 42 tahun ditahan dalam tiga tangkapan berasingan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas ujian saringan air kencing mereka didapati positif dadah jenis syabu.

Menurut beliau, tangkapan pertama dibuat pada Isnin lalu di Kampung Melango, Saratok selepas seorang ibu tampil membuat laporan memohon bantuan polis kerana anaknya dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

“Hasil maklumat itu, pasukan Task Force diketuai Sub Inspektor Englebert berjaya menahan lelaki berusia 25 tahun di kawasan kampung berkenaan. 

“Saringan air kencing menunjukkan keputusan positif dadah jenis syabu dan suspek turut mempunyai satu rekod lampau berkaitan judi dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

TIGA lelaki tempatan ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan oleh Pasukan Task Force IPD Saratok sejak Isnin. Foto IPD Saratok

Tangkapan kedua pula dilakukan pada semalam di Jalan Roban Lama (Loji Air Lama) apabila pasukan rondaan menahan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati lelaki berusia 42 tahun itu positif dadah jenis syabu dan mempunyai lima rekod lampau, termasuk kes di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ),” jelas beliau.

Sementara itu, tangkapan ketiga turut dilakukan pada hari yang sama di Rumah Krangas Baru, Roban selepas polis menerima maklumat awam mengenai seorang lelaki yang disyaki penagih dadah di kawasan berkenaan.

“Suspek berusia 39 tahun ditahan dan ujian air kencing ke atasnya turut didapati positif dadah jenis syabu. Semakan rekod menunjukkan dia mempunyai dua kesalahan lampau berkaitan narkotik,” ujarnya.

Mathew menegaskan bahawa usaha membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah akan terus dipergiatkan oleh IPD Saratok melalui Op Tapis Khas secara berterusan dengan kerjasama masyarakat setempat.

“Pihak polis amat menghargai kerjasama orang ramai yang menyalurkan maklumat dan berharap komuniti terus menjadi mata serta telinga kepada pasukan keselamatan bagi membanteras gejala dadah di daerah ini,” tambahnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Kuching police gets tough with drug dealers 
Next: Ops Tapis: Polis terus gempur kegiatan dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.