Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga lelaki ditahan, lebih 900 paket barang kawalan dirampas di Saratok
  • JENAYAH

Tiga lelaki ditahan, lebih 900 paket barang kawalan dirampas di Saratok

Utusan Sarawak 6 hours ago
TIGA lelaki tempatan ditahan dalam satu operasi khas membanteras penyelewengan barang kawalan, semalam. Foto IPD Saratok

SARATOK: Tiga lelaki tempatan ditahan dalam satu operasi khas membanteras penyelewengan barang kawalan di Kilometer (KM) 52 Lebuh Raya Pan Borneo Betong-Sarikei, semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, kes tersebut melibatkan rampasan sejumlah besar minyak masak dan gula kasar yang dipercayai disalah guna tanpa dokumen sah.

Menurut beliau, tangkapan dibuat hasil pemeriksaan ke atas sebuah lori kargo jenis Toyota yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 34 tahun bersama dua kelindan masing-masing berumur 40 dan 22 tahun.

Katanya, ketiga-tiga suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen pemilikan atau kebenaran membawa barang kawalan berkenaan semasa pemeriksaan dijalankan.

Operasi itu diketuai oleh Inspektor Wealy James bersama tujuh anggota cegah jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok dengan bantuan empat anggota Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarikei.

RAMPASAN sejumlah besar minyak masak dan gula kasar yang dipercayai disalah guna tanpa dokumen sah. Foto IPD Saratok

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati lori tersebut membawa sebanyak 442 paket minyak masak satu kilogram dan 504 paket gula kasar satu kilogram,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah DSP Mathew, jumlah keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan bernilai RM127,774.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam penyelewengan barang kawalan.

Semua suspek bersama barang rampasan telah diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sri Aman untuk tindakan lanjut.

DSP Mathew turut menegaskan bahawa pihak polis akan terus mempergiatkan operasi bagi mengekang kegiatan penyelewengan barang kawalan yang boleh menjejaskan bekalan dan kesejahteraan rakyat, khususnya di kawasan Saratok dan sekitarnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ceroboh pelantar minyak, bot rekreasi ditahan
Next: Lelaki ditahan dalam Op Dadu, jalankan perjudian dalam talian di Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.