
BINTANGOR: Tiga lelaki ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BJSND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong dalam satu operasi Ops Tapis Khas.
Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan berusia antara 25 hingga 30 tahun.
“Pada 8 Oktober 2025, 7.00 malam, sepasukan polis dari IPD Meradong yang menjalankan Ops Tapis Khas telah menahan tiga lelaki di sebuah kampung dalam kawasan Bintangor. Kesemua mereka dibawa ke BJSND IPD Meradong untuk menjalani ujian saringan urin.”
“Bintangor/1913/25 adalah berkaitan. Saringan awal air kencing ketiga-tiga suspek positif dadah jenis amphetamine dan ethamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan media, baru-baru ini.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun, jika sabit kesalahan.
“Pihak kami memandang serius kesalahan dadah dalam kalangan masyarakat dan tidak berkompromi dengan masalah tersebut.
“Saya menggesa masyarakat supaya menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan kegiatan dadah di daerah Meradong,” katanya.
Oleh Earl Anek