Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga lelaki ditahan dalam Operasi Tapis Khas
  • JENAYAH

Tiga lelaki ditahan dalam Operasi Tapis Khas

Utusan Sarawak 3 days ago

TIGA lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah dalam Operasi Tapis Khas yang dijalankan sekitar kawasan Kampung dan Pekan Saratok semalam. Foto IPD Saratok

SARATOK: Tiga lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah dalam Operasi Tapis Khas yang dijalankan sekitar kawasan Kampung dan Pekan Saratok semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata tangkapan dibuat oleh anggota Unit MPV Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) serta Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Saratok antara 8.00 pagi hingga 11.59 malam.

Menurut beliau, dalam tangkapan pertama di stesen minyak Petronas Saratok, pasukan MPV telah menahan dan memeriksa sebuah kereta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan. 

Hasil pemeriksaan menemui dua lelaki dewasa disyaki penagih dadah bersama peralatan digunakan untuk menagih.

Foto IPD Saratok

“Kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Saratok untuk ujian air kencing dan hasil saringan mendapati mereka positif dadah jenis Amphetamine/Methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan hasil maklumat awam, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJD) Saratok menahan seorang lelaki di tepi Jalan Taran, Nyabor, Kabong. 

Suspek juga didapati positif dadah jenis sama dan mempunyai 19 rekod lampau membabitkan pelbagai kes jenayah dan narkotik.

Kesemua suspek berusia antara 30 hingga 44 tahun telah dibawa ke Balai Polis Saratok untuk siasatan lanjut.

Mathew menegaskan bahawa semua kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah di daerah itu.

“Polis Saratok akan terus memperhebatkan operasi seumpama ini bagi membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah yang menjadi ancaman kepada kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Mangsa ditikam berulang kali dengan dua senjata berbeza – Polis
Next: Tiga lelaki ditahan terbabit penyalahgunaan dadah di Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.