Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga lelaki ditahan dalam operasi berasingan kes dadah di Lawas
  • JENAYAH

Tiga lelaki ditahan dalam operasi berasingan kes dadah di Lawas

Utusan Sarawak 2 hours ago
TANGKAPAN DADAH…tiga lelaki terlibat dadah di Lawas ditangkap masing-masing di Jalan Merapok, Lawas dan Jalan Trusan.

LAWAS: Tiga lelaki ditahan polis dalam operasi berasingan di sekitar bandar ini semalam kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, dalam satu kenyataan berkata, tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun yang bekerja sebagai buruh.

Suspek ditahan pada petang semalam di hadapan sebuah rumah di Jalan Merapok.

“Pemeriksaan awal tidak menemui sebarang barang salah atau dadah. Bagaimanapun, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya.

Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai satu kesalahan berkaitan dadah. Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pada hari sama sekitar 9.30 malam, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 29 tahun, juga bekerja sebagai buruh, di kawasan tempat letak kereta di bandar ini.

Menurut Liong, hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang barang salah, namun ujian air kencing mendapati suspek turut positif dadah jenis sama.

Suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan kes disiasat di bawah seksyen yang sama.

Dalam tangkapan berasingan, seorang lelaki berusia 33 tahun turut ditahan di sebuah pusat pengumpulan sawit di Jalan Trusan.

“Pemeriksaan ke atas suspek tidak menemui sebarang dadah, namun ujian air kencing mendapati lelaki itu positif amphetamine dan methamphetamine,” katanya.

Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkaitan dadah. Kes turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Premis judi dalam talian diserbu, bekalan elektrik dipotong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.