Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga lelaki ditahan dalam operasi banteras dadah di Lawas
  • JENAYAH

Tiga lelaki ditahan dalam operasi banteras dadah di Lawas

Utusan Sarawak 5 hours ago
TINGKAT OPERASI…Tiga suspek kes penyalahgunaan dadah dicekup di Daerah Lawas.  

LAWAS: Polis Daerah Lawas meneruskan operasi membanteras penyalahgunaan dadah dengan menahan seorang lelaki berusia 33 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan itu pada 11.10 pagi di Bandar Lawas semalam.

Hasil ujian saringan awal polis mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine. Semakan rekod lampau pula menunjukkan suspek mempunyai satu kesalahan terdahulu.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, dalam kenyataannya hari ini turut memaklumkan bahawa dalam operasi berasingan pada 3.30 petang di sebuah pondok kebun di Trusan, Lawas, pihak polis telah berjaya menahan dua lagi lelaki berusia 39 dan 21 tahun yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Hasil pemeriksaan di pondok berkenaan tidak menemui sebarang barang salah. Ujian air kencing yang dijalankan mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Semakan rekod lampau pula mendapati suspek pertama mempunyai enam kesalahan terdahulu berkaitan dadah, manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.

Ketiga-tiga saspek disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a)ADB 1952. DSP Liong menegaskan pihak polis akan terus meningkatkan operasi tangkapan bagi kes penyalahgunaan dadah di Lawas.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Empat penagih dadah dijatuhi penjara dan sebatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.