
KUCHING: Tiga lelaki ditahan selepas disyaki menceroboh sebuah kedai besi buruk di Batu 8, Jalan Muara Tuang, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Samarahan, Superintendan Damaterius Lautin, berkata penahanan dilakukan oleh anggota Unit Rondaan Pencegahan Jenayah dari Balai Polis Kota Samarahan yang terserempak dengan ketiga-tiga suspek ketika mereka keluar dari premis berkenaan sekitar 12.45 tengah hari.
“Hasil soal siasat awal mendapati mereka mengaku baharu keluar dari premis tersebut dengan niat untuk mencuri,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, Damaterius Lautin, memaklumkan bahawa tiada sebarang barang dicuri dan tiada rampasan dibuat kerana suspek belum sempat melakukan kecurian.
Pihak polis, katanya lagi, sedang menjalankan siasatan lanjut dan usaha menghubungi pemilik premis sedang dilakukan bagi membantu siasatan.
Oleh Connie Chieng