Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga lelaki ditahan, 13 saman trafik dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu IPD Lubok Antu
  • JENAYAH

Tiga lelaki ditahan, 13 saman trafik dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu IPD Lubok Antu

Utusan Sarawak 8 hours ago
TIGA lelaki termasuk dua warga asing ditahan dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dijalankan di sekitar kawasan Engkilili dan Lubok Antu, semalam. Foto IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Tiga lelaki termasuk dua warga asing ditahan dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu di sekitar kawasan Engkilili dan Lubok Antu, petang semalam.

Menurut kenyataan media IPD Lubok Antu, seorang lelaki warga tempatan ditangkap atas kesalahan di bawah Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Manakala dua lagi lelaki warga asing ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana dipercayai melanggar syarat kemasukan ke negara ini.

Dalam operasi tersebut, pihak polis turut merampas sebuah lori jenis Nissan bersama satu batang kunci lori bagi membantu siasatan lanjut.

SEBANYAK 95 kenderaan dan 115 individu telah diperiksa bagi memastikan pematuhan undang-undang serta mengesan sebarang aktiviti jenayah. Foto IPD Lubok Antu

Operasi itu diketuai Inspektor Nelson Ensit selaku Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Lubok Antu.

Seramai 20 anggota polis pelbagai pangkat daripada semua bahagian dan balai di IPD Lubok Antu terlibat dalam operasi berkenaan.

Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 95 kenderaan dan 115 individu telah diperiksa bagi memastikan pematuhan undang-undang serta mengesan sebarang aktiviti jenayah.

Selain itu, sebanyak 13 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas hasil pemeriksaan yang dijalankan.

Pihak polis menegaskan bahawa operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai langkah pencegahan jenayah.

Menurut kenyataan itu lagi, usaha berterusan tersebut penting bagi memastikan keselamatan, kesejahteraan serta ketenteraman awam di Daerah Lubok Antu sentiasa terpelihara.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Bekalan elektrik dipotong di tiga premis disyaki pusat perjudian di Serian
Next: Suri rumah di Bau rugi RM4,000 terjerat skim pelaburan palsu dalam talian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.