Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Tiga lelaki dipenjara lima bulan gagal bayar denda miliki rekod salah guna dadah
  • MAHKAMAH

Tiga lelaki dipenjara lima bulan gagal bayar denda miliki rekod salah guna dadah

Utusan Sarawak 6 hours ago
MAHKAMAH Majistret Sri Aman semalam menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara lima bulan terhadap tiga lelaki tempatan selepas masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan menyalahgunakan dadah. Foto: IPD Sri Aman

SIMANGGANG: Tiga lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda RM2,000 setiap seorang atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Sri Aman semalam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan dadah.

Ketiga-tiga tertuduh membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan majistret mahkamah berkenaan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Mahkamah turut memerintahkan ketiga-tiga tertuduh menjalani hukuman penjara selama lima bulan selepas gagal membayar denda yang dikenakan.

Selain itu, mereka juga dikenakan pengawasan selama dua tahun oleh pihak polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintenden Dennis Bunyam menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti berkaitan dadah kerana tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati terlibat.

Beliau turut menggesa masyarakat agar tampil menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah kepada pihak polis melalui balai berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman di talian 083-322121.

Menurutnya, kerjasama masyarakat amat penting dalam usaha membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah yang boleh membawa kepada keruntuhan nilai dalam kalangan komuniti setempat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Inkues Zara Qairina: Saksi kanak-kanak muncul bawa kronologi berbeza
Next: Inkues Zara Qairina: Trauma punca anak ambil masa kongsi cerita – Ibu saksi kanak-kanak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.