Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Tiga lelaki didenda jual produk rokok tidak mematuhi peraturan
  • MAHKAMAH

Tiga lelaki didenda jual produk rokok tidak mematuhi peraturan

Utusan Sarawak 2 hours ago
KOMPLEKS Mahkamah Sibu.

SIBU: Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan menjual produk rokok yang tidak mematuhi peruntukan pembungkusan dan pelabelan amaran kesihatan sebagaimana ditetapkan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Ketiga-tiga tertuduh yang mengaku bersalah, dijatuhkan hukuman denda masing-masing RM3,500 dan RM3,000 atau penjara empat dan tiga bulan, selain waran levi akan dikeluarkan atas kesalahan di bawah Seksyen 15(2)(a) Akta

Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.

Mereka membuat pengakuan bersalah itu setelah pertuduhan dibaca dan diadili berasingan di hadapan Majistret Oon Kork Joon dan Majistret Romario Jonoi.

Menurut fakta kes, kejadian berlaku pada Julai yang mana ketika itu Pasukan Penguatkuasaan iaitu Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dari Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu telah menjalankan Operasi Penguatkuasaan di Premis Makanan sekitar Bandar Sibu. 

Tertuduh didapati melakukan kesalahan dibawah Seksyen 15(1) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 iaitu Menjual Produk Tembakau yang tidak mematuhi peruntukan pembungkusan dan pelabelan amaran kesihatan sebagaimana yang ditetapkan.

Unit Inspektorat dan Perundangan, Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu seterusnya mengeluarkan Notis Memerintahkan Kehadiran Di Mahkamah (Notis di Bawah Seksyen 47) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 kepada tertuduh atas kesalahan dibawah Seksyen 15(1) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang mana ia adalah kesalahan tidak boleh dikompaun.

Pegawai Penyiasat, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Nurhana Johari dan Chieng Mee Tang dari Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu seterusnya membuka kertas siasatan dan membuat siasatan susulan untuk Kesalahan dibawah Seksyen 15(1) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 dan mendaftarkan kes tersebut di Mahkamah Majistret Sibu setelah mendapat izin untuk mendakwa dari Timbalan Pendakwa Raya.

Kes telah dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Maswel Lenard Thomas, Khoo Ai Yuan dan Andy Yet Yew Huat dari Unit Inspektorat dan Perundangan, Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

Pegawai Pendakwa telah membuat pemberatan bagi kes ini dengan hujahan bahawa sabitan terhadap kes ini adalah mencerminkan keseriusan kesalahan dan kepentingan awam dalam kawalan produk tembakau. 

Kedua, ia hendaklah berfungsi sebagai pencegah am kepada pengusaha perniagaan lain yang mungkin terdorong untuk melanggar kawalan penjualan dalam pembungkusan dan pelabelan produk tembakau demi keuntungan komersial. 

Ketiga, ia hendaklah secara khusus menghalang tertuduh daripada mengulangi perbuatan ini dan keempat, ia hendaklah mempertahankan kepentingan awam dan menunjukkan bahawa pematuhan peraturan adalah wajib dan bukan pilihan.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Isu pemain warisan: Dana kerajaan tidak boleh diguna untuk proses rayuan di CAS
Next: Sebutan semula kes mekanik didakwa bunuh kanak-kanak di Rampangi 7 Januari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.