Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tiga lelaki cedera ringan dalam kemalangan kendiri di Kampung Bayai
  • KEMALANGAN

Tiga lelaki cedera ringan dalam kemalangan kendiri di Kampung Bayai

Utusan Sarawak 11 hours ago
Kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga di Kampung Bayai, hari ini. Foto: PGO Bomba Sarawak

SRI AMAN: Tiga lelaki dewasa cedera ringan selepas terlibat dalam satu kemalangan kendiri membabitkan sebuah kereta Proton Saga di Kampung Bayai, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.39 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 15 kilometer dari balai.

Komander Operasi, Fis-hak Illah-Hi, melaporkan kemalangan itu membabitkan sebuah Proton Saga yang dinaiki tiga lelaki termasuk pemandu. 

Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Tiga mangsa yang mengalami kecederaan ringan kemudian diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut sebelum dibawa ke Hospital Sri Aman,” katanya dalam kenyataan.

Operasi turut disertai sembilan anggota menggunakan satu jentera Jentera Pemadam dan Menyelamat (FRT) dan sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). 

Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan keselamatan di lokasi bagi memastikan tiada risiko susulan. Setelah keadaan disahkan selamat, operasi ditamatkan sepenuhnya pada 4.30 petang.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Seorang lelaki cedera ringan, kemalangan kendiri di Jalan Saradise
Next: Hampir 60 cedera dalam perlanggaran kereta api di Republik Czech

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.