
KUCHING: Tiga kenderaan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di atas Jambatan Batu Kawa di sini, pagi tadi.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan berhubung kejadian itu diterima pada 6.13 pagi.
Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 13 kilometer dari balai.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada 6.27 pagi. Hasil malumat awal mendapati kejadian dilaporkan sebagai kebakaran kereta, namun pemeriksaan mendapati ia merupakan kemalangan jalan raya yang melibatkan tiga kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, kemalangan tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan dan semua mangsa dilaporkan selamat.
Oleh Shahrul Qaizat