Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tiga kenderaan pacuan empat roda kemalangan di KM6, Jalan Repok
  • KEMALANGAN

Tiga kenderaan pacuan empat roda kemalangan di KM6, Jalan Repok

Utusan Sarawak 9 hours ago
KEMALANGAN… Kemalangan tiga kenderaan pacuan empat roda di KM6 Jalan Repok, pagi tadi. Foto IPD Sarikei

SARIKEI: Tindakan memotong di garisan berkembar membawa padah apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux berlanggar dengan dua lagi kenderaan pacuan empat roda di KM6 Jalan Repok, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Superitendan Aswandy Anis, berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan kemalangan tersebut pada 9.30 pagi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux (single cab), lelaki berusia 43 tahun, dari arah pusat bandar Sarikei menuju ke Simpang Bulat dipercayai cuba memotong di laluan garisan berkembar sebelum melanggar dua lagi kenderaan pacuan empat roda yang juga jenis Toyota Hilux datang dari arah bertentangan.

“Kesemua pemandu serta empat penumpang yang terlibat tidak mengalami kecederaan parah namun telah mendapatkan pemeriksaan lanjut sebagai pesakit luar di Hospital Sarikei,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Ahmad Mustaqim di talian 010-4427240.

“Pihak polis ingin menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya mematuhi arahan daripada anggota penguatkuasa yang bertugas di jalan raya sepanjang tempoh musim perayaan ini.

“Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pengguna jalan raya yang didapati melanggar dan tidak mematuhi peraturan lalu lintas,” tegasnya.

Beliau turut menasihatkan mereka supaya sentiasa utamakan keselamatan keluarga orang yang tersayang.

Oleh Earl Anek

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Sembilan maut kemalangan bas di Vietnam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.