Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang
  • TEMPATAN

Tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang

Utusan Sarawak 5 years ago
MUSNAH… Anggota bomba sedang memadamkan sisa-sisa kebakaran yang memusnahkan tiga rumah di Kampung Lusut Jaya di Miri, semalam.

LIONG CHAI LING

MIRI : Tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila tiga rumah kayu didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Lusut Jaya di sini, malam kelmarin.

Difahamkan, api dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak dengan cepat ke dua lagi rumah berhampiran.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri, Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian 11.39 malam sebelum 21 anggota bersama dua jentera digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, pasukan kami mendapati kebakaran memusnahkan tiga buah rumah berkenaan dengan semuanya jenis tidak kekal.

“Bomba segera melaksanakan operasi pemadaman sehingga kebakaran padam sepenuhnya pada 12.59 malam,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Law berkata, kebakaran itu mengakibatkan tiga rumah terbabit yang dihuni seramai 12 orang musnah sama sekali.

Beliau berkata, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu.

“Punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Continue Reading

Previous: JBPM teruskan operasi sanitasi
Next: Bas bawa pelajar UNIMAS disanitasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.