KUCHING: Tiga unit bangunan rumah kedai musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di Jalan Padungan di sini, hari ini.
Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada 4.57 petang.
Bertindak atas laporan tersebut, sepasukan anggota dengan kekuatan anggota seramai 20 orang dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan ke lokasi.
”Setibanya di lokasi kejadian, Komander Operasi (KO) memaklumkan kejadian melibatkan bangunan kedai tiga unit di tingkat atas bangunan kedai struktur kekal.
”Unit pertama (Phua Hong Hin) dan unit kedua yang merupakan kedai motosikal masing-masing terbakar 80 peratus manakala unit ketiga (kedai serbaneka Super Rich) telah terbakar 40 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pihak bomba kemudian menjalankan operasi pemadaman menggunakan teknik ’offensive’ dan ’defensive’ untuk mengawal kebakaran dari merebak ke bangunan berhampiran.
Katanya lagi, anggota keluaran operasi berjaya mengawal kebakaran pada 5.56 petang sebelum memeriksa keseluruhan kawasan bagi memastikan tiada sumber lain yang menambah punca kebakaran dan menjamin keselamatan tapak.