Tiga kawasan Sarawak masih catat IPU melebihi 200

Facebook
WhatsApp
BACAAN IPU Sarawak setakat 12.00 tengah hari.

KUCHING: Tiga kawasan di Sarawak mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 setakat 12.00 tengah hari ini, dengan Lubok Antu merekodkan bacaan tertinggi iaitu 230.

Berdasarkan data IPU Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Lundu merekodkan bacaan IPU 228 manakala Sri Aman 223, dengan ketiga-tiga kawasan berada pada status sangat tidak sihat.

Bacaan IPU di semua 18 stesen pemantauan turut meningkat berbanding 8.00 pagi tadi.

Sebanyak 10 kawasan lain merekodkan status tidak sihat iaitu IPD Serian (195), Sarikei (192), Tebedu (182), Kuching (171), Samarahan (169), Mukah (166), Sibu (162), Kapit (154), Bintulu (151) dan Samalaju (92).

Sementara itu, Miri, ILP Miri, Limbang, Lawas dan Bario masing-masing masih berada pada status sederhana dengan bacaan antara 54 hingga 67.

Oleh Masrin Affirah