Tiga kawasan ‘merah’, IPU Lubok Antu paling tinggi

Facebook
WhatsApp
BACAAN IPU setakat 8.00 malam. Sumber NREB

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan Sarawak terus meningkat setakat 8.00 malam ini, dengan Lubok Antu merekodkan bacaan tertinggi iaitu 373, berbanding 358 pada 4.00 petang tadi.

Berdasarkan data Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), Lubok Antu kekal pada tahap berbahaya, manakala IPD Serian (MCAQM) turut meningkat kepada 346 berbanding bacaan sebelumnya iaitu 325.

Kuching pula mencatatkan bacaan 316, meningkat daripada 309 pada sebelah petang dan kekal pada tahap berbahaya.

Sementara itu, bacaan di Samarahan meningkat daripada 287 kepada 294, manakala Sri Aman naik daripada 247 kepada 268.

Beberapa kawasan lain menunjukkan penurunan bacaan, antaranya Sibu daripada 248 kepada 240, Mukah daripada 205 kepada 195, Lundu daripada 257 kepada 242, Tebedu daripada 246 kepada 240 dan Kanowit daripada 299 kepada 282.

Sarikei pula mencatatkan peningkatan kecil daripada 256 kepada 257.

Bacaan di Kapit, Bintulu, Samalaju, Miri, ILP Miri, Limbang dan Lawas turut menurun berbanding 4.00 petang tadi, manakala Bario meningkat daripada 92 kepada 125.

Setakat jam 8 malam, tiga kawasan iaitu Lubok Antu (373), IPD Serian (346) dan Kuching (316) berada pada tahap berbahaya, manakala Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Lundu, Tebedu, Kanowit dan Betong berada pada tahap sangat tidak sihat.

Orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan kualiti udara yang masih kurang baik di beberapa kawasan di Sarawak.

Oleh Shikin Mahmud