Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiga kanak-kanak disahkan meninggal dunia dipercayai terjatuh ke dalam kolam kumbahan
  • Tengah
  • WILAYAH

Tiga kanak-kanak disahkan meninggal dunia dipercayai terjatuh ke dalam kolam kumbahan

Utusan Sarawak 6 hours ago
SUASANA PILU…Menyelubungi lokasi kejadian tiga kanak-kanak lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam kumbahan di Sibu Jaya, petang ini.

SIBU: Tiga kanak-kanak disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran flat Sibu Jaya, petang ini.

Mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Macx Devdynne Sharie Merdeka, 12, adik lelakinya Macx Welwait Merdeka, 9, dan jiran mereka Daniella Arissa Tayas Maringgai, 10.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menenerima panggilan berhubung kejadian itu pada 4.03 petang, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian benar tiga mangsa kanak-kanak iaitu, dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki telah jatuh ke dalam kolam.

“Kesemua mangsa sudah dibawa naik ke tebing kolam olah orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi. Ketiga-tiga mangsa tidak sedarkan diri, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) masih menunggu pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk hadir ke lokasi,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya,” ujarnya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Bomba selamatkan kanak-kanak terperangkap dalam kereta di Tudan
Next: Semarakkan keceriaan perayaan, Tan Kai dekatkan MPP dengan rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.