Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tiga kanak-kanak cedera dalam nahas dua kereta di Jalan Sultan Tengah
  • KEMALANGAN

Tiga kanak-kanak cedera dalam nahas dua kereta di Jalan Sultan Tengah

Utusan Sarawak 4 weeks ago
KEADAAN salah sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, pagi tadi. Foto PGO JBPM Sarawak

PETRA JAYA: Tiga cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Sultan Tengah, di sini, pagi tadi.

Kemalangan dilaporkan berlaku 6.21 pagi melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi, dan Perodua Alza.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dikejarkan ke lokasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II (TBK I) Ibrahim Hasan.

“Sebaik tiba di lokasi pasukan penyelamat mendapati dua kenderaan terbabit dalam kemalangan.

“Empat orang mangsa terdiri daripada seorang lelaki dewasa, dua kanak-kanak perempuan, dan seorang kanak-kanak lelaki yang menaiki kereta Perodua Myvi mengalami kecederaan ringan.

“Sementara itu, kereta Perodua Alza yang dipandu seorang wanita dewasa tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata Ibrahim Hasan menerusi kenyataan PGO JBPM, hari ini.

Kesemua mangsa, menurutnya, telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi.

Jelasnya, anggota bomba hanya membuat pemeriksaan keselamatan, dan tiada tindakan penyelamatan atau operasi lanjut dijalankan oleh pihak bomba.

Pihak bomba turut mendapatkan maklumat kejadian, dan memastikan keadaan di lokasi berada dalam keadaan selamat kepada pengguna jalan raya yang lain.

Katanya lagi, operasi terkawal pada 6.25 pagi, dan operasi tamat sepenuhnya 6.35 pagi.

Oleh Norman B.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua maut, seorang cedera kemalangan lori muatan baja
Next: Remaja maut dalam kemalangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.