Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiga kampung dilanda banjir terima bantuan
  • WILAYAH

Tiga kampung dilanda banjir terima bantuan

Utusan Sarawak 5 months ago

PARAS TINGGI... Dato Lukanisman Awang Sauni (kanan) ketika melawat dan melihat keadaan banjir kilat di Kampung Bulau di Ulu Sungai Sibuti semalam.

BEKENU: Tiga kampung yang dilanda banjir kilat di ulu Sungai Sibuti di sini telah menerima bekalan makanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semalam.

Kampung terbabit adalah Kampung Bulau, Mutap dan Sinop – semuanya terletak di tebingan Sungai Sibuti.

Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Sibuti, Dato Lukanisman Awang Sauni berkata ketiga-tiga kampung itu turut terputus bekalan elektrik.

“Pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) masih membaiki talian elektrik akibat salah satu tiang telah patah.

“Pihak JKM juga telah mengedar bekalan makanan, manakala pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bilik gerakan bencana Pejabat Daerah Subis memantau rapi masalah banjir tersebut,” katanya.

Beliau berkata lawatan dan pemantauan banjir ke Kampung Bulau semalam melalui Jalan kampung Tiris dan keadaan banjir di kawasan Tiris telah surut. 

“Masa ini adalah musim cuti sekolah maka tiada masalah di sekolah.

“Walaupun demikian, rasa kebimbangan penduduk mengenai keselamatan harta benda seperti kenderaan yang diletak di kawasan tinggi sangat dikhuatiri dan takut dicuri,”  katanya.

Oleh Adum Liu 

Continue Reading

Previous: 18 peserta IPR terima bantuan
Next: Operasi cari wanita warga emas akan disambung jika ada petunjuk baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.