Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiga kampung bakal nikmati bekalan air bersih
  • TEMPATAN

Tiga kampung bakal nikmati bekalan air bersih

Utusan Sarawak 5 years ago
HAMPIR SIAP… Dato’ Sri Fatimah Abdullah dan yang lain merakam kenangan di Loji Bekalan Air yang sedang dalam pembinaan di Kampung Klid Dalat.

DALAT: Penduduk di Kampung Klid, Kampung Sua dan Kampung Narub dekat sini boleh menarik nafas lega kerana bakal menikmati bekalan air bersih dalam masa terdekat ini.

Senario yang membanggakan itu akan menjadi kenyataan berikutan pembinaan Loji Penapisan Air Bersih di kampung yang paling hulu Batang Oya , kini sudah 76.9 peratus siap.

Menurut Menteri Kebajikan,Kesejahteraan Komuniti,Wanita,Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah, apabila projek di bawah program Sistem Alternatif Bekalan Air Sarawak (SAWAS) itu siap kelak, ia juga memberi manfaat kepada warga sekolah SK Klid/Pelajau dan SJK© San San di sana.

“Saya difahamkan projek ini dijadualkan siap lebih awal daripada masa yang ditetapkan. Ini merupakan projek berimpak tinggi dan hasil ‘walkabout’ Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ke Dalat pada bulan Jun 2018. Terima Kasih Ketua Menteri dan Kerajaan Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika melawat ke Tapak Loji Penapisan Air Bersih (SAWAS) di Kampung Klid Dalat pada Isnin lalu.

Selain itu, ujarnya lagi, penduduk di sana juga bakal menyaksikan kawasan mereka dihubungi melalui darat ke Pekan Dalat apabila Jalan Kelid Klid-Labrasau di Kampung Medong Dalat siap kelak.

Lawatan yang disifatkan sebagai pemantauan projek loji yang bermula Januari 2019 telah diadakan sempena dengan Program Ziarah Kampung Dewan Undangan Negeri(DUN) Dalat.

Turut menyertai Fatimah di dalam lawatan ini ialah Pegawai Daerah Dalat, Kueh Lei Poh, Ketua Kaum Kujang Chalang, Kapitan Sia Wee Siek dan wakil dari Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Bahagian Mukah.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: Tekankan aspek keselamatan di rumah panjang
Next: Wong Soon Koh tidak ikhlas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.