Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiga jambatan luar bandar Sarikei diluluskan untuk dibina semula
  • Tengah
  • WILAYAH

Tiga jambatan luar bandar Sarikei diluluskan untuk dibina semula

Utusan Sarawak 10 hours ago
PANTAU JAMBATAN… Kapitan Ling Dien Yong (dua kanan) mewakili Dato’ Sri Huang Tiong Sii menjalankan pemantauan jambatan kayu uzur, baru-baru ini. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Komitmen memperkukuh prasarana asas luar bandar terus dizahirkan apabila tiga jambatan di kawasan luar bandar Sarikei diluluskan untuk dibina semula dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM663,350.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, berkata kelulusan projek tersebut hasil usaha berterusan beliau memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan bagi meningkatkan kemudahan asas di kawasan luar bandar.

“Saya sentiasa komited untuk memperkukuh prasarana asas luar bandar.

“Ia demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat, khususnya dari segi kemudahan jalan raya,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Katanya, ketiga-tiga projek pembinaan semula jambatan tersebut turut melibatkan kerja menurap jalan menggunakan konkrit dan dilaksanakan di bawah RISDA, dengan proses tender telah selesai serta diserahkan kepada kontraktor yang dilantik.

“Projek ini dijangka siap dalam tempoh tiga bulan selepas pelaksanaan dimulakan.

“Tiga projek pembinaan semula jambatan tersebut melibatkan Jalan Mee Ming, Sungai Minah dengan kos RM229,800; Sungai Kar, Jalan Kesa berjumlah RM231,650 dan Kesa, Baron dengan kos RM201,900.

Katanya, ketiga-tiga jambatan sedia ada telah lama uzur dan berisiko membahayakan pengguna jalan raya.

“Atas faktor keselamatan, perkara ini segera saya bawa kepada perhatian Kerajaan Persekutuan dan kelulusan bagi pembinaan semula jambatan ini berjaya diperoleh,” katanya.

Tiong Sii juga memaklumkan bahawa beliau telah diwakili oleh Kapitan Ling Dien Yong bersama pegawai daripada agensi berkaitan untuk turun padang ke tapak projek bagi menjalankan tinjauan serta mendapatkan maklumat mengenai perkembangan kerja.

Tambahnya, pelaksanaan projek tersebut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam meningkatkan infrastruktur luar bandar demi menjamin keselamatan serta kesejahteraan penduduk setempat.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pemantauan MTL, paras air sungai kawasan Terminal Wharf I menurun
Next: RM190,000 untuk dua projek RTP, tingkatkan kemudahan penduduk Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.