Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiga jalan utama di Kuching ditutup sempena perarakan Tokong Seng Ong Kong
  • TEMPATAN

Tiga jalan utama di Kuching ditutup sempena perarakan Tokong Seng Ong Kong

Utusan Sarawak 2 years ago

Antara laluan yang ditutup.

KUCHING: Tiga jalan utama di bandar raya ini ditutup sempena perarakan sembahyang tahunan Tokong Seng Ong Kong yang diadakan bermula 5.00 petang hingga 11.00 malam ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa berkata, penutupan tersebut melibatkan Jalan Gambir menghala ke Jalan Main Bazaar, Jalan Tun Abang Haji Openg menghala ke Padang Merdeka dan Jalan Khoo Hun Yeang menghala ke Jalan Market.

“Perarakan bermula di Jalan Lebuh Wayang, Jalan Tabuan, Jalan Ban Hock, Bulatan Sri Aman, Jalan Padungan, Jalan Bukit Mata, Jalan Main Bazaar, Jalan Gambier, Lebuh Market, Jalan Kho Hun Yeang, Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Carpenter, Jalan Ewe Hai dan tamat di Jalan Lebuh Wayang.

“Ia melibatkan 14 laluan jalan raya di sekitar bandar raya ini. Bermula pada 5.00 petang dan dijangka selesai pada 11.00 malam di Tokong Seng Ong Kong, Jalan Lebuh Wayang,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu perarakan dihadiri lebih kurang 3,500 orang dan melibatkan 40 kenderaan.

“Sila guna laluan alternatif untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Manakala kenderaan yang melalui Jalan Lebuh Wayang dari arah Jalan Ban Hock dinasihatkan bergerak terus ke Jalan Tunku Abdul Rahman atau melalui Jalan Wawasqn untuk mengelakkan kesesakan di lokasi penutupan Jalan Main Bazaar.

“Kenderaan dari Jalan Haji Taha dinasihatkan membuat pusingan “U” di bulatan Masjid Bahagian untuk mengelakkan kesesakan di lokasi penutupan Jalan Gambier,” jelasnya.

Orang awam dinasihatkan untuk merancang perjalanan masing-masing semasa perayaan tersebut berlangsung sekiranya mempunyai urusan di kawasan pusat bandar dan mengikut tanda-tanda isyarat yang diarahkan oleh pegawai polis yang bertugas.

Tegas beliau, kenderaan adalah dilarang untuk diletakkan di bahu jalan yang akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Oleh Azreen Keria 

Continue Reading

Previous: Tukang jahit tidak menang tangan terima tempahan
Next: Tingkatkan kesedaran kanser, sertai Larian Ria Tutu 14 Mei ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.