Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga individu bantu siasatan kes bunuh penuntut universiti di Cyberjaya
  • JENAYAH

Tiga individu bantu siasatan kes bunuh penuntut universiti di Cyberjaya

Utusan Sarawak 9 hours ago
GAMBAR hiasan.

SEPANG: Polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan susulan kes penuntut universiti yang ditemukan maut disyaki dibunuh di sebuah kondominium di Cyberjaya, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata tangkapan terhadap seorang lelaki dan dua wanita berumur 19 hingga 20 tahun itu dibuat semalam dan awal pagi Jumaat antara 9.00 pagi hingga 2.00 pagi.

“Tangkapan dibuat di sekitar kawasan Johor Bahru, Johor, dan Gemencheh, Negeri Sembilan, dalam masa 48 jam setelah laporan polis diterima.

“Kesemua yang ditahan dipercayai mengenali mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Permohonan reman terhadap semua suspek dibuat pagi ini di Mahkamah Sesyen di sini bagi membantu siasatan. 

Norhizam berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi serta berkongsi maklumat tidak benar yang boleh mengganggu siasatan dan jangan mengambil sebarang tindakan boleh melanggar undang-undang. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Suspek sindiket dadah di Sibu dibebaskan dengan ikat jamin polis
Next: Kho Teck Wan calls for urgent review of student dormitory safety measures following tragic death

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.