Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiga ekar kawasan belukar terbakar
  • TEMPATAN

Tiga ekar kawasan belukar terbakar

Utusan Sarawak 5 years ago
PADAM… Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran belukar di South Lake Permyjaya di Miri, semalam

MIRI : Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng mengambil masa lebih dua jam untuk memadamkan kebakaran belukar melibatkan kawasan seluas tiga ekar berhampiran taman perumahan di South Lake Permyjaya di sini, semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.47 pagi.

Katanya, operasi pemadaman api di kawasan itu dilakukan menggunakan sumber air daripada tangki jentera bomba dan kaedah pemukul api.

“Api berjaya dikawal pada 1.13 petang sebelum operasi ditamatkan pada 1.48 petang setelah pasukan bomba  memastikan api padam sepenuhnya serta tiada punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula ditemui,” katanya di sini.

Law berkata, operasi pemadaman melibatkan seramai lapan anggota bomba itu diketuai Pegawai Bomba Kanan II Rorudi Umas .

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Gedong bakal membangun pesat
Next: Kebakaran belukar cemaskan penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.