Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tiga doktor dijatuhi hukuman penjara di Poland berhubung kematian wanita hamil
  • GLOBAL

Tiga doktor dijatuhi hukuman penjara di Poland berhubung kematian wanita hamil

Utusan Sarawak 2 days ago
IZABELA, yang meninggal dunia pada 2021, meninggalkan seorang anak perempuan.

WARSAW: Tiga doktor di Poland telah disabitkan bersalah berhubung kematian seorang wanita akibat komplikasi kehamilan selepas mereka enggan menjalankan pengguguran yang berkemungkinan boleh menyelamatkan nyawanya, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Kes berkenaan mencetuskan bantahan besar-besaran kerana dikaitkan dengan undang-undang pengguguran negara itu yang merupakan antara paling ketat di Eropah.

Akhbar Gazeta Wyborcza pada Jumaat menyifatkan sabitan itu sebagai ‘satu detik penting dalam sejarah perjuangan wanita Poland untuk hak mereka, iaitu perjuangan untuk hak asasi manusia’.

Kumpulan Strajk Kobiet (Women’s Strike) pula memberitahu agensi berita PAP bahawa setakat pengetahuan mereka, ini adalah keputusan mahkamah pertama seumpamanya di Poland.

Insiden itu berlaku pada 2021 di Bandar Pszczyna di selatan Poland, tidak lama selepas undang-undang pengguguran diperketatkan.

Wanita berusia 30 tahun yang hamil anak dengan kecacatan serius telah dimasukkan ke hospital tempatan pada minggu ke-22 kehamilan selepas pundi amnionnya pecah.

Para doktor menunggu janin itu mati secara semula jadi, namun wanita berkenaan meninggal dunia akibat kejutan sepsis.

Mahkamah di Pszczyna mendapati tindakan para doktor telah membahayakan nyawa wanita itu dan mereka didapati bersalah kerana cuai dalam tugas perubatan.

Seorang doktor dijatuhi hukuman penjara 18 bulan manakala seorang lagi dihukum penjara 15 bulan. Kedua-duanya turut digantung lesen perubatan selama enam tahun.

Penyelia mereka pula dijatuhi hukuman penjara satu tahun yang ditangguhkan serta penggantungan profesional selama empat tahun. Menurut PAP, keputusan mahkamah yang dikeluarkan pada Khamis itu masih belum muktamad.

Di bawah pemerintahan kerajaan konservatif sebelum ini, Mahkamah Perlembagaan Poland pada 2020 memutuskan bahawa pengguguran tidak dibenarkan walaupun janin mengalami kecacatan serius. Sejak itu, pengguguran secara sah hanya dibenarkan dalam kes rogol, sumbang mahram atau jika nyawa ibu terancam.

Pada 2024, kerajaan berhaluan tengah-kiri yang memerintah ketika ini cuba melonggarkan undang-undang pengguguran namun gagal meluluskan pembaharuan – termasuk cadangan sederhana seperti memansuhkan hukuman jenayah terhadap individu yang membantu pengguguran.– Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Bekas Menteri perdagangan Indonesia dijatuhi hukuman penjara kerana rasuah import gula
Next: Nepal larang aplikasi telegram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.