
BAU: Enam mangsa terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah pikap Toyota Hilux dan sebuah lori di Lebuh Raya Pan Borneo, Tondong, di sini petang tadi.
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau, Ricky Rina, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.20 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, semua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya.
Daripada enam mangsa, tiga mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM), manakala tiga lagi selamat tanpa sebarang kecederaan.
Tiada mangsa tersepit dilaporkan dalam kejadian tersebut.