Tiga cedera kemalangan kendiri langgar tandan sawit di Lebuh Raya Pan Borneo Balai Ringin-Pantu

Facebook
WhatsApp
KEMALANGAN kendiri melibatkan sebuah kereta Honda di Lebuh Raya Pan Borneo Balai Ringin-Pantu, Serian, petang ini.

SERIAN: Tiga individu cedera selepas sebuah kereta Honda terbabit dalam kemalangan kendiri di Lebuh Raya Pan Borneo Balai Ringin-Pantu, di sini, petang ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.27 petang sebelum sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila kenderaan berkenaan melanggar tandan sawit yang jatuh di atas jalan raya.

“Ketiga-tiga mangsa yang berada dalam kenderaan itu telah dikeluarkan oleh orang awam dan tiada mangsa tersepit.

SEBUAH kereta Honda terbabit dalam kemalangan kendiri selepas melanggar tandan sawit yang jatuh di atas jalan di Lebuh Raya Pan Borneo Balai Ringin-Pantu, Serian, petang ini.

“Seorang mangsa dihantar menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) ke Klinik Balai Ringin, manakala dua lagi dibawa ke Hospital Serian menggunakan jentera Unit Perkhidmatan Penyelamatan dan Perubatan Kecemasan (EMRS),” katanya.

Anggota Unit Perkhidmatan Penyelamatan dan Perubatan Kecemasan turut memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera sebelum dua mangsa berkenaan dibawa ke Hospital Serian untuk mendapatkan rawatan lanjut.