Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tiga cedera, gempa bumi 6.5 skala Richter landa Jawa Timur
  • GLOBAL

Tiga cedera, gempa bumi 6.5 skala Richter landa Jawa Timur

Utusan Sarawak 7 hours ago
GAMBAR yang dikeluarkan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) menunjukkan pusat gempa bumi berukuran 6.5 magnitud di Sumenep, Jawa Timur, pada Selasa, 30 September 2025.

JAKARTA: Tiga orang cedera selepas gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter melanda wilayah Sumenep di Jawa Timur pada malam Selasa.

Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia dalam laporan awal pada Rabu mendedahkan gempa itu turut merosakkan 30 rumah, empat rumah ibadat dan sebuah kemudahan kesihatan.

“Bekalan elektrik di daerah Gayam terputus seketika namun kini telah dipulihkan,” kata jurucakap BNPB Abdul Muhari dalam satu kenyataan.

Menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG), gempa berlaku pada 11.49 malam waktu tempatan.

Pusat gempa terletak di bawah laut, kira-kira 50 kilometer tenggara Sumenep pada kedalaman 11 kilometer, namun tidak membawa ancaman tsunami.

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di wilayah Bali termasuk Gianyar, Buleleng, Tabanan, Denpasar dan Kuta.

Di wilayah Jawa Timur, gegaran sederhana hingga kuat dilaporkan di Pulau Madura dan bandar-bandar seperti Surabaya, Banyuwangi, Situbondo, Probolinggo, Gresik dan Mojokerto, menurut BMKG.- Bernama

Continue Reading

Previous: Angka korban akibat gempa bumi di Filipina meningkat kepada 26, 147 lagi cedera
Next: 91 pelajar terperangkap, tiga maut dalam runtuhan bangunan sekolah di Jawa Timur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.