Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tiga cedera, dua wanita tersepit dalam kemalangan di Simpang Engkilili
  • KEMALANGAN

Tiga cedera, dua wanita tersepit dalam kemalangan di Simpang Engkilili

Utusan Sarawak 7 hours ago
KEMALANGAN yang berlaku antara kenderaan Perodua Alza dengan lori di Lebuh Raya Pan Borneo dekat Simpang Engkilili, petang ini. Foto PGO Bomba Sarawak

ENGKILILI: Tiga individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas kenderaan jenis Perodua Alza yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan lori di Lebuh Raya Pan Borneo dekat Simpang Engkilili, petang ini.

​Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada 1.34 petang sebelum mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, Edwin Jonani memaklumkan bahawa seramai lapan orang anggota bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) telah digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 27 kilometer dari balai.

​Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi pada 1.52 petang, didapati dua kenderaan iaitu Perodua Alza dan lori telah bertembung, menyebabkan kerosakan teruk pada bahagian hadapan kereta terbabit.

​Terdapat tiga mangsa di dalam Perodua Alza tersebut, seorang mangsa kanak-kanak lelaki dilaporkan telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba dan sedang menerima rawatan daripada pasukan perubatan di lokasi.

KEMALANGAN yang berlaku antara kenderaan Perodua Alza dengan lori di Lebuh Raya Pan Borneo dekat Simpang Engkilili, petang ini. Foto PGO Bomba Sarawak

​Walau bagaimanapun, dua lagi mangsa wanita dewasa dilaporkan masih tersepit di dalam kenderaan tersebut, manakala pemandu lori yang merupakan seorang lelaki dewasa hanya mengalami kecederaan ringan dalam insiden berkenaan.

​Pihak bomba bertindak pantas menggunakan peralatan khas bagi memotong bahagian kenderaan yang remuk untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa wanita yang tersepit di tempat duduk hadapan.

​Setelah berjaya dikeluarkan, kedua-dua mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan penyelamat sebelum kesemua mangsa dihantar ke hospital berdekatan menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) dan jentera EMRS untuk rawatan lanjut.

​Operasi menyelamat dilaporkan terkawal pada 2.08 petang, sementara anggota bomba turut menjalankan kerja-kerja pembersihan jalan bagi memastikan sisa kemalangan tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

​Operasi tamat sepenuhnya pada 2.47 petang setelah keadaan dipastikan selamat. Insiden tersebut turut mendapat bantuan kawalan lalu lintas daripada pihak PDRM dan bantuan kecemasan daripada pihak KKM.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Wanita 90 tahun meninggal dunia terperangkap di flat Betong KMC
Next: Dua kanak-kanak maut, seorang cedera dalam kemalangan di Jalan Bruan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.