Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Tiga artis ‘rahsia’ bakal buat kejutan di Konsert Andmesh Kamaleng
  • HIBURAN

Tiga artis ‘rahsia’ bakal buat kejutan di Konsert Andmesh Kamaleng

Utusan Sarawak 2 hours ago
JELASKAN… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika sidang media konsert ‘Malam Bersama Andmesh Kamaleng’ di Bangunan Baitulmakmur II, di Petra Jaya hari ini.

PETRA JAYA:  Konsert ‘Malam Bersama Andmesh Kamaleng’ yang berlangsung di Kuching minggu depan bakal diserikan dengan segmen kejutan eksklusif menerusi kemunculan tiga artis misteri dari Indonesia yang akan bergandingan pentas bersama penyanyi itu.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dalam sidang media konsert berkenaan, hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti tiga artis berkenaan, namun memberi bayangan bahawa mereka merupakan penyanyi yang sedang meningkat naik di negara jiran itu.

MARILAH DATANG… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama barisan penganjur konsert ‘Malam Bersama Andmesh Kamaleng’ bergambar bersama. 

“Kalau nak tahu siapa artis misteri yang dimaksudkan, belilah tiket dan datang beramai-ramai ke Stadium Perpaduan pada 28 November ini,” katanya ketika sidang media konsert tersebut, di Bangunan Baitulmakmur II, di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata kehadiran nama besar seperti Andmesh turut membuka ruang lebih luas kepada penggiat kreatif tempatan, sejajar usaha Sarawak menjadi hab penganjuran acara dan persembahan.

Sementara itu, penganjur, Mohd Afiq Wahed atau Afick Wazai, memaklumkan kira-kira 3,000 tiket sudah terjual setakat ini.

Beliau berkata satu bahagian tempat duduk iaitu Seksyen Biru (Nyaman) telah ditutup untuk pembelian, manakala seksyen lain masih ditawarkan dengan jumlah terhad.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Shin Min Ah, Kim Woo Bin kahwin Disember ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.